Saturday 29 October 2011

Elakkan menjadi mangsa jenayah siber

Pengguna tegar internet seharusnya mengambil langkah berjaga- jaga agar tidak menjadi sebahagian daripada statistik kajian terbaru yang menyatakan bahawa setiap hari terdapat satu juta mangsa jenayah siber. Jumlah ini dua kali ganda berbanding jumlah kelahiran bayi di dunia.

Sedih, kecewa, marah, malu dan tertekan adalah antara kesa psikologi yang dialami oleh mereka yang pernah mengalami 'peristiwa pahit' di alam siber. Tidak kira apa juga bentuk kes jenayah siber yang dialami, ia tetap memalitkan rasa kecewa bagi yang pernah menjadi mangsa. Apabila membincangkan tentang jenayah siber pasti ramai membayangkan majoriti mangsanya adalah wanita. Fitrah kaum wanita lemah, mudah diperdaya dan laporan pada biro komuniti tentang penipuan terhadap wanita yang sering dilapor di dada akhbar, menjadi asas kepada dakwaan tersebut. Sankaan tersebut ternyata meleset kerana realitinya lelaki adalah golongan yang lebih terdedah kepada jenayah di alam maya tersebut.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Norton, menerusi Laporan Jenayah Norton 2011 menjelaskan antara sebabnya ialah lelaki sering melakukan aktiviti 'berbahaya' di internet. Pengarah Kendalian Keselamatan Internet Asia Symantec iaitu Effendy Ibrahim berkata ''Lebih tujuh daripada 10 lelaki menghabiskan lebih banyak masa di internet dan memperuntukkan masa yang banyak bercakap dengan individu yang tidak dikenali di internet ''. Kajian tersebut dilakukan Norton di 24 buah negara dan melibatkan 20,000 responden iaitu 12,704 dewasa, 4,553 kanak-kanak dan 2,379 guru. Effendy juga menyifatkn bahawa
setiap hari terdapat satu juta mangsa jenayah siber. Jumlah itu dua kali ganda berbanding jumlah kelahiran bayi di dunia setiap hari. Bermakna 14 mangsa yang terlibat setiap sesaat. Hal ini kerana kadangkala apabila sesorang cuba memuat turun satu fail memang tidak sedar ada virus yang turut dimuat turun. persoalan yang diutarakan oleh Effendy ialah berapa ramai yang sentiasa mengemaskini perlindungan perisian mereka?. Hasil kajian mendapati 41 peratus pengguna intenet tidak memperbaharui perkindungan perisian komputer mereka.

Effendy juga mengaitkan jenayah offline dengan online yang dikaitkan berkait rapat. Jika anda pernah menjadi mangsa Jenayah offline kebarangkalian anda untuk menjadi mangsa jenayah siber adalah tinggi. Dalam kaji selidik Norton juga, sebanyak 82 peratus mangsa jenayah alam nyata jug menjadi mangsa jenayah di alam maya. Daripada perspektif Cyber Security Malaysia menerusi Lt. Kolonel Datuk Husin Jazri, isu jenayah siber amat serius kerana ia semakin meningkat setiap tahun dan majoritinya adalah kes penipuan. Memang banyak aduan yang kami terima dan jumlahnya dari Januari hingga Ogos tahun ini sahaja adalah sebanyak 1300 kes. Jumlah ini meningkat sekali ganda dari tahun lau iaitu hanya 675 kes, menjadikan ia satu isu yang membimbangkan.

Norton bagaimanapun menyediakan perisian percuma seperti DontPhishMe memandangkan kes phishing yang diterima pada tahun ini agak tinggi, disamping menyediakan beberapa lagi jenis perisian perlindungan yang boleh dimuat turun di enjin carian popular di internet.





. . sedikit sebanyak tentang jenyah siber ^_< . .





No comments:

Post a Comment